Yang penting, adalah mengasah mata untuk melihat.
Dengan membuang latar belakang yang semak dan dapatkan latar belakang yang bersih.
Masukkan elemen penceritaan di dalam gambar agar nampak menarik.
Masukkan corak, bentuk dan warna-warna yang kontra.
Komposisi menarik akan menjadi perhatian mata penonton yang memerhati.
Momen-momen yang menarik juga boleh menjadi foto yang cantik.
Fotografi tidak semestinya dengan kamera DSLR.
Anda boleh mencubanya di mana-mana. Rakamkanlah perkara-perkara yang menarik yang berlaku di sekeliling kita, dan objek-objek luar biasa yang ditemui.
Kamera DSLR adalah alat sahaja. Sama juga seperti telefon yang mempunyai kamera.
Tidak kira di mana jua, boleh ambil foto tanpa masalah.
Asalkan ternampak perkara/benda menarik sahaja, kamera di tangan pasti beraksi.
Semudah ABC.....
Boleh menambah pengalaman di samping ilmu yang ada.
Sambil-sambilah menikmati minuman yang lazat juga selepas itu, agar otak sentiasa segar dengan idea baru.
Apa tunggu lagi, cubalah. :D
Kami akan guna filem juga. :D
0 comments:
Post a Comment