
Sebaik sahaja memasuki bulan Syawal, saya dan pasukan jurufoto Ceritera Cinta™ berkejaran ke sana-sini bagi melaksanakan tugasan fotografi perkahwinan yang diberikan.
Tetapi sebelum berkahwin, pasangan tersebut kenalah bertunang dahulu, betul tak?

Psssst, gambar di atas memberikan 'hint' yang mereka berkenalan semasa belajar di ________________________. (sila isikan tempat kosong, hehehe)

Majlisnya meriah, seperti bak orang nak kahwin la, yang bagusnya, keluarga Aneez mengadakan majlis pertunangan ini serentak dengan majlis rumah terbuka. Memang berduyun-duyun lah datang walaupun hujan turun dengan lebat sebelumnya.

Majlis bertunang kali ini dipermudahkan dengan adanya aturcara majlis, dan set pelamin bagi memudahkan bakal mak mertua kenal siapalah bakal menantunya nanti.

Pelamin disponsor oleh __________________ ( isikan juga tempat kosong ini) ;)


Sebagai tuan rumah, Aneez memastikan kami senantiasa cukup makan dan minum, kerana bila jurufoto cukup makan dan minum, kami akan bekerja keras untuk pelanggan kami.

Dan pelanggan kami pun sukakan hasil kerja jurufoto perkahwinan mereka.
Entri seterusnya.... hmmmm, mungkin Aizzat dan Azah pula rasanya, :D
0 comments:
Post a Comment