
Memandangkan Hotel Pullman hanya berdekatan sahaja dan boleh diakses dengan berjalan kaki, Farah dan Johan memilih untuk bersiap di bilik hotel tersebut.




Sebuah Mercedes Benz disediakan untuk membawa pengantin ke tempat resepsi. Dan senyuman Farah disambut dengan bunyi shutter serta percikan lampu denyar para jurufoto-jurufoto dari Media.

Pasukan kompang bersedia menanti untuk mengiringi pengantin ke pelamin.

Dan juga "flower girls".


Tak pernah-pernah saya melihat Rela menjalankan kerja-kerja mengawal jurufoto-jurufoto dan orang ramai dari mengerumuni Farah dan Johan seperti semut menghurung air kopi saya yang tak habis minum. :D


Perarakan masuk diiringi dengan Selawat ke atas Junjungan Rasullullah.

Bacaan doa diadakan bagi memohon berkat ke atas pasangan.


Sebaik sahaja tamat bacaan doa, majlis dihiburkan dengan pengacara-pengacara majlis yang merupakan rakan baik Farah di tempat kerja beliau iaitu Puan Syarifah Shahirah dan Saudara Aziz Desa.


Kemudian diiringi dengan acara merenjis yang dimulai dengan ibu dan bapa Farah sendiri.



Selesai majlis merenjis, Farah AF2 dan Johan berarak ke meja santapan yang telah disediakan oleh Anjung Serai Katering.



Sempat lagi Syarifah Shahirah membuat lintas langsung di meja makan pengantin sambil posing untuk foto profail FB sendiri. hahaha.

Bagi mengakhiri acara majlis resepsi ini, Farah AF2 dan Johan memotong kek khas yang dihiasi sebuah biola kecil di atasnya. :D



Ramai sangat sampai saya sendiri tersepit di celah-celah barisan jurufoto dan peminat yang menyerbu. Aduaiii, saya cuma doa agar gambar jangan rosak sudah.

Alhamdullilah, dalam tempoh 2 bulan, akan siap satu album perkahwinan khas untuk Farah AF2 dan Johan yang hanya boleh dilihat di Galeri dan Studio Ceritera Cinta.
0 comments:
Post a Comment