Sunday, July 17, 2011

Perkahwinan Farah AF2 dan Johan | Love Lake Wedding | Istimewa dari Ceritera Cinta

Fotografi Perkahwinan Ceritera Cinta membawa suatu majlis pernikahan yang unik pada kali ini.

Farah Johan Nikah By Sue 3

Farah Johan Nikah by Sue1

Memperkenal pasangan Farah dan Johan. Farah atau lebih dikenali dengan nama Farah Breep Breep merupakan antara barisan peserta AF2 dan kini menjadi pengacara program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Farah Johan Nikah Sue4

Farah Johan Nikah by Sue2

Terus terang saya katakan, saya mengenali Farah semasa pertama kali berjumpa untuk berbincang tentang pakej fotografi perkahwinan beliau. Saya tidak melanggan Astro, dan juga tidak mendapat siaran TV9 di rumah.


Farah Johan By Sue FB 5

Apa yang membuatkan saya teruja? Lokasi majlis nikah itu sendiri! Di dalam bot Putrajaya Rivercruise!

Farah Johan Nikah FB2

Saya pernah naik rivercruise Putrajaya, untuk ambil foto majlis makan malam rasmi sebelum ini. Tidak lebih dari itu. Tetapi kali ini amat mencabar. Mengkoordinasikan 6 orang jurufoto dan berebut-rebut ruang untuk mengambil foto bersama-sama jurufoto-jurufoto media yang lain di dalam bot yang kecil boleh menguji kesabaran sesiapa pun yang berada di dalam tempat saya.

Farah Johan FB6

Perjalanan bot bermula dari pukul 4 petang. Kapten Ramli mengemudi bot di celah-celah tasik melalui kesemua 4 jambatan utama di Putrajaya.

Farah Johan Nikah FB3

Di celah-celah kesesakan, kelihatan adik beradik Farah mengedarkan Panadol untuk pihak-pihak keluarga mereka yang memerlukan.

Farah Johan FB5

Di dalam bot, saya dibantu oleh Hafiz Ismail yang menjadi jurufoto kedua saya. Seorang lagi juruvideo Ceritera Cinta yang turut bernama Hafiz mengambil rakaman cara-cara kami bekerja.

Farah Johan FB9

Dengan sekali lafaz, Farah menjadi isteri Johan. Dan di saat itulah foto ini merakamkan senyuman Farah yang paling saya sukakan sekali.

Farah Johan FB8

Kali ini pengantin perempuan tidak mengalirkan air mata gembira, tetapi, adik Farah pula yang bengkak mata sehingga basah tisu.

Farah Johan FB10

Farah Johan FB16

Farah Johan FB12

Sebelum Johan mencuba-cuba 'memandu' Kapten Ramli memaklumkan, dia dah tarik Hand Brake. :D

Farah Johan FB15

Bot berlabuh di Menara Milenium Putrajaya, dan kami bergerak ke Masjid Sultan Mizan untuk satu majlis resepsi kecil.

Farah Johan FB17

Dan Johan membuat suatu perkara yang di luar jangkaan, dan Hafiz (Video) berjaya merakamkannya!

Farah Johan FB18

AKAN DATANG | MAJLIS RESEPSI | FARAH + JOHAN | PUSAT MARITIM PUTRAJAYA

2 comments: