
Sesi Fotografi Perkahwinan Ceritera Cinta kali ini memfokuskan kepada majlis resepsi Malwani dan Ikhsan yang saya dan Muhaimin sempat merakamkan sesi protrait pra-perkahwinan mereka tempoh hari. Majlis resepsi mereka inin diadakan di dalam kawasan Penjara Sungai Buloh, namun penjara itu tidak kelihatan lah, kerana khemah untuk resepsi dipasang di kawasan kediaman staff.

Hari yang amat panas. Langsir tebal pun boleh tembus cahaya matahari. Fuh.

Hari itu sangat panaszzzzz, hinggakan bunga tangan di pelamin pun mencari perlindungan di dalam bilik pengantin yang sejuk berhawa dingin.


Saya pertama kali jumpa orang yang boleh menulis terbalik?! Cayalah. Pengapit Pengantin Perempuan sendiri. ;)

Lihatlah pula hiasan-hiasan di meja tempat menandatangan buku pelawat. Hebat!



Hiasan bunga segar di laluan pengantin pun hampir layu menahan kepanasan.


Setakat ini sahaja dahulu. Entri ini akan dikemaskinikan kemudian. ;)
merujuk kepada entri ini..
ReplyDeletetone ini dan setting gambar untuk website adalah yang terbaik.. dan catchy!!