
Dahulu di dalam bidang Fotografi Perkahwinan ini, saya bergerak berseorangan, kemudian saya berjumpa dengan WoW Studio and Gallery dan pemiliknya Hafiz Ismail. Selepas itu saya berkenalan pula dengan Nik Majid dari Nik Majid Photography. Tragedi menggantung baner di atas pokok menyebabkan saya berjumpa pula dengan Muhaimin dari Kamera Min.

Tak lupa juga Cik Suzanor. Beliau kini membantu saya di dalam pelbagai tugasan. Rambut saya kini semakin panjang. Hanya untuk meninggalkan imej Pegawai Kerajaan dan memasukkan imej seorang pemilik perniagaan. ;) a.k.a. artis.

Kehadiran kami mewakili Ceritera CInta ™ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya minggu lepas lebih kepada mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada pelanggan-pelanggan yang datang tentang Perkhidmatan Fotografi yang Berkualiti.

Memang hampir semua pihak di dalam industri perkahwinan, seperti mak andam, butik pakaian, perancang perkahwinan, malah katerer dan khidmat sewa khemah/kanopi pun memberikan khidmat fotografi! Walaupun tangkap muat, sedikit sebanyak menjejaskan pandangan masyarakat bahawa fotografi perkahwinan ini mudah dan murah,..... eh, sedap lagi kalau cara saya selalu sebut, muROH!

Kami menunjukan kepada pelanggan, cara kami 'membuat gambar' semasa majlis perkahwinan, konsep photojournalism kami dan juga cara kami mempersembahkan foto di dalam album photobook PRO SERIES yang saya edit dan susun sendiri. Keseluruhan proses 'mendidik' pelanggan itu memang menyebabkan kami sehingga kehabisan suara, tetapi yang penting, kami yakin pelanggan yang datang ke booth Ceritera Cinta™ kini lebih bijak membuat pilihan jurufoto perkahwinan mereka. ;)

Sempat lagi saya mengambil foto Ana Rafali di pentas. ;)
hopefully everyone enjoy the festival pengantin.. because I enjoy it the most..
ReplyDelete