Tuesday, December 1, 2009

Ceritera Cinta Dafi dan Hana, Majlis Bersanding 151109


Tinggal lagi 30 hari tahun 2010 menjelang tiba. Musim hujan dan banjir sudah menjadi lumrah sejak kesan pemanasan global yang disebut-sebut AL-Gore menjadi kenyataan. Matahari panas di pagi hari sudah tidak boleh diharap, kadang-kadang tak sempat panas, hujan juga di pagi hari.
Di hujung tahun sebeginilah rancak dengan aktiviti-aktiviti kerja kahwin. Saya sentiasa berharap hujan paling kuat pun, setakat gerimis sahaja waktu berarak dan sewaktu majlis berlangsung. Jurufoto seperti saya tidak memerlukan baju hujan. Kamera saya yang lebih perlu. Saya cuma sumbatkan kamera dalam shower cap hotel entah mana-mana yang saya pernah duduk dahulu.

Dafi dan Hana beruntung. Hana sewaktu bersolek berdoakan agar cuaca cerah dan tiada hujan agar perjalanan majlis menjadi mudah dan lancar. Tidak seperti majlis nikah sehari sebelum itu yang diakhiri dengan hujan lebat. Hana tidak bercerita banyak mengenai Dafi, tetapi saya boleh agak mungkin mereka berjumpa sewaktu sekolah dahulu. Memandangkan ramai rakan taulan dari zaman persekolahan mereka yang hadir. :PCik Hana adalah antara pengantin yang mudah memberikan kerjasama. Berbanding semalam, kehadiran Ariyatna, isteri saya, membantu di dalam mengambil foto, memudahkan saya berfikir cara-cara lain bagi saya mengambil foto Cik Hana bagi menyerlahkan kejelitaannya. Saya jatuh hati dengan cahaya dari tingkap bilik Cik Hana. Lembut, putih dan sedikit putaran dial pada kamera, menjadikan suasana kebiru-biruan. Warna tema kali ini adalah Jingga atau purple bak kata orang dalam bahasa penjajah. Memudahkan saya dan Ariyatna 'menembak' sasaran ahli keluarga Cik Hana. Kali ini tidak dinafikan, Ariyatna lebih pandai mengenalpasti 'sasaran' setelah diberikan lensa tele "seketul". (Maaf tentang penjodoh bilangan)Sementara saya sibuk dengan pasangan pengantin, isteri saya tahu saat-saat penting yang menarik untuk dirakam. Cuma dia tidak cekap lagi menggunakan Nikon D90. Dia lebih cekap menggunakan Canon. :P Baru dia tahu penangan berat lensa 80-200mm Nikon. Balik ke rumah sayalah yang jadi tukang urut tangan dia nanti. Dafi dan Hana nampak lebih tenang kali ini berbanding semalam. Jika hari bernikah mereka lebih berdebar-debar, kali ini mereka menikmati suasana majlis. Ayahanda dan nenda Cik Hana juga kelihatan lebih ceria berbanding semalam. Mungkin saat berprotokol sudah tamat agaknya. Saat-saat indah di waktu makan beradap hampir-hampir saya terlepas. Saya biasanya tidak mengambil foto pengantin sedang makan, buruk rupanya. Siapalah yang hendak foto diri sendiri sedang menyuap makanan dengan mulut ternganga. Namun, mujurlah Cik Hana baik hati untuk melayan suaminya. :D Sempat saya mengambil foto saat-sata yang indah. Cuaca di luar semakin mendung. Saya risau juga. Program Outdoor portraiture mungkin terganggu. Mujurlah acara memotong kek disegerakan. Diiringi dengan gambar foto keluarga. Selepas itu gambar foto ala-ala klasik di dalam bilik. Kemudian saya bertanya adakah Cik Hana dan Dafi hendak berehat sebentar. Mereka mahu gambar lagi. Ok. Saya hidupkan enjin kereta CRV saya dan terus bawa mereka untuk sesi outdoor. Hujan mula turun renyai-renyai, tetapi hanya di kawasan pusat bandar Shah Alam. Di satu lokasi hutan terpencil kami diserang dan dipaksa 'menderma darah' kepada nyamuk.
Akhirnya kami bergerak ke Masjid Seksyen 19 Shah Alam berdekatan rumah Cik Hana. Terlindung dari hujan dan nyamuk, saya lebih cepat bekerja untuk menghasilkan beberapa idea-idea baru. Selepas menghantar mereka pulang, saya toleh semula ke belakang mengimbau semula pengalaman saya hari ini dan tersenyum, mengenangkan Cik Hana dan Dafi yang sungguh bertuah mendapat Ceritera Cinta merakam kenangan manis mereka. 6 tahun dahulu sewaktu saya dan Ariyatna berkahwin, foto perkahwinan kami agak kurang dan semuanya berharapkan rakan-rakan dan saudara mara sahaja dan terhad kepada 1 gulung 36 dedahan ISO 100. Sigh.....

Ceritera Cinta Redzuan dan Mona akan menyusul minggu hadapan. :D

1 comments:

Puteri Daluwarsa said...

jingga = oren

ungu = purple

:-P hehehe

Post a Comment