
Masih panas dari Oven! Dan terima kasih kepada Diela kerna banyak membantu. :D Entri penuh akan menyusul selepas ini.





Hana tidak bercerita banyak mengenai Dafi, tetapi saya boleh agak mungkin mereka berjumpa sewaktu sekolah dahulu.
Memandangkan ramai rakan taulan dari zaman persekolahan mereka yang hadir. :P
Cik Hana adalah antara pengantin yang mudah memberikan kerjasama. Berbanding semalam, kehadiran Ariyatna, isteri saya, membantu di dalam mengambil foto, memudahkan saya berfikir cara-cara lain bagi saya mengambil foto Cik Hana bagi menyerlahkan kejelitaannya.
Saya jatuh hati dengan cahaya dari tingkap bilik Cik Hana. Lembut, putih dan sedikit putaran dial pada kamera, menjadikan suasana kebiru-biruan.
Warna tema kali ini adalah Jingga atau purple bak kata orang dalam bahasa penjajah. Memudahkan saya dan Ariyatna 'menembak' sasaran ahli keluarga Cik Hana.
Kali ini tidak dinafikan, Ariyatna lebih pandai mengenalpasti 'sasaran' setelah diberikan lensa tele "seketul". (Maaf tentang penjodoh bilangan)
Sementara saya sibuk dengan pasangan pengantin, isteri saya tahu saat-saat penting yang menarik untuk dirakam. Cuma dia tidak cekap lagi menggunakan Nikon D90.
Dia lebih cekap menggunakan Canon. :P Baru dia tahu penangan berat lensa 80-200mm Nikon. Balik ke rumah sayalah yang jadi tukang urut tangan dia nanti.
Dafi dan Hana nampak lebih tenang kali ini berbanding semalam. Jika hari bernikah mereka lebih berdebar-debar, kali ini mereka menikmati suasana majlis. 
Ayahanda dan nenda Cik Hana juga kelihatan lebih ceria berbanding semalam. Mungkin saat berprotokol sudah tamat agaknya.
Saat-saat indah di waktu makan beradap hampir-hampir saya terlepas. Saya biasanya tidak mengambil foto pengantin sedang makan, buruk rupanya. Siapalah yang hendak foto diri sendiri sedang menyuap makanan dengan mulut ternganga.
Namun, mujurlah Cik Hana baik hati untuk melayan suaminya. :D Sempat saya mengambil foto saat-sata yang indah.
Cuaca di luar semakin mendung. Saya risau juga. Program Outdoor portraiture mungkin terganggu. Mujurlah acara memotong kek disegerakan.
Diiringi dengan gambar foto keluarga. Selepas itu gambar foto ala-ala klasik di dalam bilik.
Kemudian saya bertanya adakah Cik Hana dan Dafi hendak berehat sebentar. Mereka mahu gambar lagi. Ok. Saya hidupkan enjin kereta CRV saya dan terus bawa mereka untuk sesi outdoor.
Hujan mula turun renyai-renyai, tetapi hanya di kawasan pusat bandar Shah Alam. Di satu lokasi hutan terpencil kami diserang dan dipaksa 'menderma darah' kepada nyamuk.
Terlindung dari hujan dan nyamuk, saya lebih cepat bekerja untuk menghasilkan beberapa idea-idea baru. Selepas menghantar mereka pulang, saya toleh semula ke belakang mengimbau semula pengalaman saya hari ini dan tersenyum, mengenangkan Cik Hana dan Dafi yang sungguh bertuah mendapat Ceritera Cinta merakam kenangan manis mereka. 6 tahun dahulu sewaktu saya dan Ariyatna berkahwin, foto perkahwinan kami agak kurang dan semuanya berharapkan rakan-rakan dan saudara mara sahaja dan terhad kepada 1 gulung 36 dedahan ISO 100. Sigh.....